Friday, May 30, 2008

FIRA & CUP CAKES...

Geramkan komen2 yg memeritkan telinga terbit dari mulut si Fira tiap kali Kak Meen buat kek cawan yg tak berape nak jadi tu (tapi bila dikenangkan tak berbaloi asyik dok beli sbb mahal reganya walaupun kecil cenonit & si Fira ni pulak tiap kali beli paling kurang 1/2 dozen) terus Kak Meen hantar dia pergi belajar sementelah ada yg memberitahu ttg kelas ni. Biar padan dgn muka dia, biar dia rasa jerih perih mcm mana nak buat sendiri cuppies tu; jgn asyik pandai nak mengomen saja.

Jadi, pagi tadi Kak Meen pun hantarlah dia ke PJ, misinya utk mempelajari cara2 membuat kek cawan. Petang sewaktu menjemputnya dlm hujan renyai2, Kak Meen dah senyum2 tengok dia usung kotak kek. Dlm hati dah siap nak pulangkan paku buah keras & ketawakan hasil kerjanya sambil bersedia utk menadah telinga mendengar keluhannya. Tapi... alahai, terkedu sekejap bila dia bukak penutup kotak tu.

Hah, inilah hasil tangan si Fira, anak dara sunti Kak Meen yg bakal menginjak usia 15 tahun bulan Ogos nanti. Dia ni sebenarnya agak culas ke dapur dan tak reti langsung bab2 baking ni (kat sekolah dia amik jurusan akaun) tapi sebab suka sgt makan cup cakes dia terpaksalah merajinkan dirinya utk pergi belajar.

Seronok bukan main dia berceritakan pengalamannya & dgn semangat yg berkobar2 siap mengajar Kak Meen tips2 yg baru dipelajari. Alahai Fira... Fira ajelah yg buat, ujar Kak Meen dgn senang hati ingin berlepas tangan. Hisy, dah tak kosa nak buat benda2 tu semua. Ikutkan hati kalau boleh nak pencen terus tapi huhu.. kang tak berasap pulak dapur tu...

2 comments:

Nina Suria said...

salam kakmeen
lepas ni si fira dah boley bukak gelanggang, kakmeen cuma tinggal cuci tangan aje ;)

Meen Zulaikha said...

Wkmslm kakmOn.. len kali nak suh dia berguru ngan kakmOn lak. Mehlah sini dtg ngajor..