Monday, May 12, 2008

KOMEN/KRITIKAN

Salam buat semua...

Hari ini Kak Meen nak sentuh sikit ttg tajuk kat atas tu. Sebagai seorg penulis Kak Meen akur para pembaca/pengkritik & pengulas berhak menyuarakan apa saja pendapat/komen/kritikan mereka tetapi harapnya biarlah ianya kritikan yg membina (constructive) dan bukannya yang menjatuhkan/memusnahkan (destructive). Ketahuilah bahawa setiap komen yg anda suarakan/tulis adakalanya memberikan impak /pengaruh yg besar terhadap karya seseorg penulis baik dari segi hasil jualannya dan tidak ketinggalan juga semangat si penulis.

Bukan tidak boleh memberi komen atau kritikan, tapi pastikan anda memberikan komen yg jujur & ikhlas agar boleh dijadikan panduan bagi si penulis utk memperbaiki karyanya di masa akan dtg. Seeloknya sebelum memberi komen/kritikan, sila baca dahulu karya tersebut & janganlah hanya berpandukan apa yg org lain kata atau apa yg kawan anda telah baca. Ingatlah selera & citarasa seseorg itu berbeza, one man's meat maybe another man's poison.

Mmg tepat kata pepatah mata pena itu lbh tajam dari pedang, jadi berhati-hatilah... Jangan sekadar suka2 memberi komen utk menjatuh atau menaikkan seseorang itu (atas alasan yg hanya anda ketahui) kerana komen2 yg berbisa dari anda mungkin akan mematahkan terus semangat si penulis utk terus berkarya, jadi berpada-padalah.

Apa pun Kak Meen berterima kasih kpd semua yg telah sudi memberi komen/kritikan terhadap karya2 Kak Meen. Ini bermakna mereka telah memberikan perhatian terhadap karya Kak Meen sekaligus membuatkan Kak Meen lebih cekal utk menghasilkan karya yg lebih baik walaupun sedar kita tidak mampu memuaskan hati semua orang.

18 comments:

[Fadilah Diyana] said...

wmslm...fad hope komen fad bleh membakar lagi semangat akak untuk terus menulis...fad memang terlalu sayang pada watak seth tp novel ke-2 akak tak menghampakan...dan fad rasa adalah xadil if fad membandingkan novel KYS dgn novel WH sebab kedua2 karya akak ni ada kelebihan masing2...apapun,akak jgn berhenti menulis ye sebab fad masih menunggu karya akak yg seterusnya...amik masa jarak 2 thn pun xpe,janji superb...=)chaiyok2...

EBRIZA AMINNUDIN said...

salam kak meen. saya tersentuh dengan komentar yg kak meen utarakan. Macam terkena pada batang hidung saya sendiri. hehehe ... neway, saya sokong dengan apa yg kak meen utarakan.

Teruskan perjuangan kita sebagai penulis. harap boleh bertemu kak meen suatu hari nanti. :)

Abang Long said...

Salam hormat. Dalam apa perkara sekalipun, teguran BERHIKMAH adalah cara yang terbaik.

Norabella said...

Kak Meen, saya sokong sangat kenyataan ini. Mmg dah banyak yg saya baca tentang komen-komen yg boleh membunuh semangat para penulis. Tak faham saya. Nak komen biarlah yg membina bukan mengata.

Apa pun, saya baru beli novel Kak Meen smlm.

Meen Zulaikha said...

Salam fad.. t/kasih sudi bca & komen karya2 akak. Komen2 yg jujur & ikhlas mmg sntiasa dialu2kn cuma yg tak sedapnya bila ada kritikan/komen yg berbaur PHD. Insya-ALLAH selagi diizinkan ALLAH akak akan terus b'karya & pastikan fad trus menyokong ya..

Meen Zulaikha said...

Wkmslm ebriza.. Yess.. terus b'juang! (Hehehe.. smgt tuh!) Stlah jd pnulis Kak Meen kian m'hrgai sesebuah karya itu kerna sedar jerih & kepayahan dlm menghasilkannya. Yelah, bukan mudah menjana ilham utk menghasilkan sebuah bku.

Insya-ALLAH ada rezki hrp kt akan bersua satu hari nanti.

Meen Zulaikha said...

Salam abg long.. stuju sesgt ngan pendapat abg long tu. Kekdg cara dia org memberi komen pun buat kita terpikir ttg mentaliti mrk & tujuan sbnarnya komen itu dibuat, apakah ada agenda tersembunyi? Hanya mrk yg tahu..

Meen Zulaikha said...

Stuju ya, norabella? Terima kasih kerana menyokong pendapat Kak Meen & sudi menyokong WH, hehehe.. teruskan menyokong ya..

Rasha_rz said...

sabo jelah Meen... apa boleh buat, jari di tangan mereka. lidah juga di mulut mereka. tidak berdaya kita mengawal dan menjaganya. apa2pun ingat 1, jika takut dilambung ombak, tidaklah kita berumah di tepi pantai. harapan kak ila - teruslah berkarya, perdulikan kata orang. seorang menkritik, 1000 memuji. Go Meen, go

LK said...

hai kak...
saya percaya apa yang kita buat hari ini akan datang kembali kepada kita...Tuhan itu adil...

Anonymous said...

salaam kak meen...ayu harap kritikan atau teguran yg kak meen terima akan membuat kak meen terus bersemangat utk menulis...mulut org susah kita nak tutup kan, jadi biar lah apa mereka nak kata asal kita ambil iktibar dari kata kata mereka itu....apa pun ayu pasti menanti-nantikan karya karya terbaru kak meen....

Meen Zulaikha said...

Betul tu kak ila (eh, pangkat kakak ke ni? Len kali kita semak ya..hehehe) T/kasih di atas kata2 smgt tu tapi sebenarnya kita tulis tu secara general saja sekadar tuk sama mengingati..

Meen Zulaikha said...

Hai laila.. insya-ALLAH. Biasalah tu, mmg dah lumrah dunia kan..

Meen Zulaikha said...

Wkmslm ayu.. sebenarnya Kak Meen rasa terpanggil nulih n3 tu sbb kekdg komen/kritikan yg ditujukan kpd para penulis adakalanya langsung tak beralas, kita yg membacanya pun rasa tersengat apatah lg si penulis sndri. Akak tulis tu pun secara am saja sekadar sama2 mengingatkan..

Ayu dah dptkan nvl t'baru Kak Meen, Warna Hati ke?

Anonymous said...

belum lah kak meen, sibuk dgn peperiksaan anak-anak tapi skrg cuti sekolah dah mula nampak-nampak hujung minggu depan ayu masuk jb lah nak borong buku kak meen dgn buku kak aisya sofea...dah lama sgt ini memendam rasa nak tau jln cerita buku baru kak meen......

Meen Zulaikha said...

Ayu tinggal di Spore ke? Sudi2kanlah menatap Warna Hati bila ada kelapangan.

Anonymous said...

K.Meen, saya beli 1st novel akak (tokei kedai minerva tu yg suggest. siap ckp akak ni cousin pd Aisya Sofea..dia pon fav sy jugak). lepas baca novel tu, mmg looking fwd akak punya novel..mmg best la!! Terbyg2 si Seth tu :))....semlm baru beli Warna Hati n start baca...all d best K.Meen n teruskan berkarya ok.....

-YZ-

Meen Zulaikha said...

Anonymous.. t/kasih kerana menyokong karya2 Kak Meen & t/kasih kat tokei Minerva tu gak ya sbb tlg promot, hehehe.. Hrp WH tak menghampakan. Hisy, tak btul tu, bkn dgn Aisya Sofea tapi Anis Ayunis