Friday, June 27, 2008

ASTRO AWANI - PART 2


Teruja bercampur gementar Kak Meen melangkahkan kaki ke studio Astro Awani di Wisma Bursa Saham almaklumlah inilah pertama kali Kak Meen menghadiri sesi bual bicara untuk program TV, secara live pulak tu! Hah, gelabah dan gubra semacam dibuatnya meski pun telah diberitahu yang sesi tu akan berlangsung lebih kurang dlm 15 minit saja.

Tamat aje rakaman lelaki yg bercerita ttg festival muzik tu, giliran Kak Meen pula menyusul. Mmg tak sempat nak bincang apa pun dgn Dang Suria, tau2 kami dah on air. Dalam bual bicara singkat tu sempatlah menyentuh ttg kedua2 novel Kak Meen iaitu Kasih Yang Suci & Warna Hati.


Fiza, Kak Meen & Dang Suria


Kak Meen, Fira & Dang Suria

Terima kasih WW Astro Awani & Alaf 21 diatas undangan dan terima kasih jua pada yg sudi menonton.

No comments: