Saturday, January 12, 2008

SELAMAT TINGGAL..

Wah.. mcm syahdu jek tajuk kat atas tu kan, ucap selamat tinggal kat sapa yek? Sebenarnya kelmarin Kak Meen pergi ke Jaya Supermarket di Seksyen 14, PJ nak ucapkan babai sbb khabarnya bangunan berusia 24 tu akan diruntuhkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada bangunan baru yg lebih baik, canggih & moden.

Sejak tinggal di KL ni, kekadang tu Kak Meen rajin juga ke sana sbb suka beli barangan di Cold Storage kat situ, kemudian jenjalan kat Popular Book Store. Kat sini taklah bz sgt mcm kat shopping complex yg besar2 tu.

Kelmarin tu selain nak ucapkan babai sebenarnya lebih kpd tertarik mendengarkan Popular offer diskaun sehingga 70%, kut la dia org pun ada lelong KYS *winkwink* Tapi sebuah novel Alaf pun tak nampak, yg berlambak buku omputeh. Buku2 bahasa Melayu tak banyak mana pun dan diskaunnya pun ciput. Tak taulah kut orang lain dah rebut dulu & Kak Meen telah ketinggalan. Pulak tu, alahai... punyalah ramai manusia, fenin kepala dibuatnya mentang2lah cuti umum semuanya berebut2 sampai nak belek buku pun tak senang. Akhirnya Kak Meen cuma beli sebuah buku resipi omputeh (kut la nanti boleh handal memasak mcm celebriti chef Norz tu, huhu..) tapi Fira sempat juga capai beberapa buah buku.

Tengoklah kalau rajin nanti boleh lagi ke sana on week day (senang sikit nak belek2 buku) janji sebelum Chinese New Year sebab khabarnya bangunan itu bakal diruntuhkan selepas itu.

Wednesday, January 9, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

Salam Maal Hijrah buat semua,


Selamat menyambut awal Muharram 1429H, semoga kita semua akan dilimpahi rahmat & hidayah ALLAH selalu. Sama-samalah kita menghijrahkan diri kepada keadaan yang lebih baik lagi dari yg terdahulu sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh ALLAH."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Justeru kita seharusnya bermuhasabah atau menilai diri sama ada terhadap amal kebajikan mahupun pelbagai aktiviti yang telah dilakukan pada tahun lalu sebagaimana Saidina Umar Al-Khattab memperingatkan kita dgn katanya:

"Lakukanlah perhitungan ke atas dirimu sendiri sebelum amalmu diperhitungkan kelak."

Semoga tahun baru ini akan lebih memberi makna dalam hidup anda.