Friday, January 30, 2009

PESTA BUKU ALAF 21

Sebenarnya Kak Meen tak rancang pun nak ke Pesta Buku Alaf 21 (maklumlah buku pun sudah agak lama berada di pasaran) tapi bila pagi tadi Iris Ixora telefon mengajak ke sana, terus saja Kak Meen bersetuju. Almaklumlah, dia pun dah tak berapa hari di sini dan akan 'terbang' semula ke Istanbul sedikit masa lagi.

Sempat jugalah Kak Meen bersua muka dgn Hezzy Azra, Hani Fazuha & Mersik. Hmm... dan tak sangka sempat jugalah menyain2 bagai. Terima kasih daun keladi ya wahai para penyokong novel Alaf21, khususnya yg menyokong karya Kak Meen. Teruskan menyokong ya...

Molee (staf Alaf), Hezzy Azra, Kak Meen & Iris Ixora

Mersik, Kak Meen, Fadillah (peminat setia novel Alaf21), Iris Ixora & Hani Fazuha

Ramai yg mcm abang ni tau, duk jinjing beg2 plastik yg sarat dgn buku2.. Kali ini untuk mengelakkan kesesakan, jualan buku di adakan di bawah khemah, cuma pembayaran saja dilakukan di ruangan dlm premis Alaf21.

Kak Meen & Hezzy disamping para peminat novel yg sudah tentunya ada yg membeli novel akak, ahakz.. Terima kasih daun keladi ya..

Masliza & Anisah yg memborong novel utk bahan bacaan ketika berpantang nanti. Hmm... entah2 khatam semuanya sebelum sempat berpantang kut, hehehe.. Jgn risau, setiap bulan ada 3 novel.. Selamat membaca Kak Meen ucapkan dan moga terhibur membaca KYS & WH.

Jom... dtglah beramai2 utk meriahkan Pesta Buku Alaf 21 yg cuma tinggal 2 hari saja lagi.

10 comments:

HANI FAZUHA said...

wah! bergambar sakan nampak...saya cilok satu gambar..hikhikhik..

Hezzy Azra... said...

Salam Kak Meen,
Masa saya dtg... tak de pun goreng pisang tu? Pokcik belanja ke? Hehehe

meen zulaikha said...

Hehehe... cilok ler, akak tak kisah. Sowwylah, maleh nak emel. Gmbr yg lg satu tu pun lbh kurng sama cuma bezanya tanpa adik chomel tu..

meen zulaikha said...

Wkmslm Hezzy.. isk..isk.. pokcik bwa perut jer, marah Ruby & gang kang sbb penat2 aje derang dok goreng pisang & keripap tu, hihihi..

ieyra said...

ruginya xdapat pergi....
buat lah pesta buku ni kat serata tompat...kat terengganu ke??

meen zulaikha said...

ieyra.. insya-ALLAH, mungkin satu hari nanti Alaf21 akan buat pesta buku di T'ganu. Bab yg ini kena usha kat Alaf21 ler..

ieyra said...

bila tu..xsabarnya nak tahu..jgn lupa bgtahu ek...

meen zulaikha said...

Ieyra.. kan akak dah ckp bab yg tu kena ler usha Alaf 21. Di luar bidang kuasa akak, dik..

Mersik said...

Hik hik seronok nyerr. Masuk la gambor kita ramai2 tu gegegege. mekasih ya Kak Meen. Nnt sy kidnap gmbr tu aaa.

Itu la.. oang cakap, sy nmpk lebih hensem la kalau pegang karipap kekekekek

iris ixora said...

salam meen, seronoknya dapat bertemu mesra dgn geng penulis dan peminat hari tu...moga kita dapat beramai-ramai lagi ekk...salam manis buat semua.