Tuesday, January 6, 2009

POTONG JARI?


Potong jari? Hah tu dia! Ingatkan kat drama TV aje ada bab2 gangster potong jari ni. Rupanya kat rumah ni pun baru2 ni nyaris terjadi. Tulah, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata... hah, nyaris tak hilang jari.

Al-kisahnya... si kakak dah terlepas cakap, kata nak potong jarinya andai si adik dapat 8A. Dia beranilah cakap mcm tu sbb si adik ni nmpk mcm kurang serius belajar, memain jer lebih. Pendek kata tiap kali exam, markah A tu tak berapa kerat aje. Masa trial exam lagi teruk result dia tapi rasanya masa nilah semcm wake-up call buat Fira. Kak Meen pula yg risau sbb dia selalu berjaga hingga lewat malam bahkan ada ketikanya sampai dinihari.

Tup-tup bila si adik dpt 8A, cemas nak rak si kakak takut kehilangan jari. Masa Kak Meen khabarkan berita keputusan PMR si adik, dia siap ckp tak mau balik ke rumah (masa tu dia kat ofis) takut kena potong jari kelingkingnya. Haha... tu dia, sebijik pepatah Melayu: sbb pulut santan binasa, sbb mulut badan binasa.

Tapi mujurlah mood adiknya baik hari tu sbb tgh seronok sakan, dia cuma acah aje. Haru kalau tidak, tak pasal2 dah cacat tgn tu.

Tahniah buat Fira & semua rakan seperjuangannya yg telah berjaya di dlm PMR!

3 comments:

ieyra said...

terpotong jari ke???xpe boleh dibuat sup tu....nyam2 bestnya.

Mersik said...

Wahh, seronok nyer... salam tahniah utk Fira ye kak Meen.. semoga terus berjaya, yihaaa

Meen Zulaikha said...

ieyra - eii... takutnya, keturunan Raja Bersiong ke ni? hihihi...

Tq Mersik, mekasih ler mendoakan.