Tuesday, April 28, 2009

BERAKHIR SUDAH...

Ya, berakhir sudah Pesta Buku (PB) 2009 di PWTC baru2 ni. Tahun ini Kak Meen tidak menyertai barisan para penulis Alaf. Kenapa? Huhu... salah sendiri kerana gagal menyiapkan manuskrip awal sedangkan queue di Alaf sudah panjang berderet & editor juga memerlukan masa utk mengedit. Tidak mengapalah, bukan rezeki Kak Meen kali ini. Begitu pun Kak Meen turut memeriahkan Pesta Buku dengan membuat 2 kunjungan.

Di petang hari pembukaan pada 17/4/2009, Kak Meen & Fira berkunjung ke sana utk memborong buku2. Memang selesa kerana org tidak ramai, jadi relaks aje kami memilih buku2. Tapi yg tak seronoknya tak bawak beg troley, jadi naik lenguh tgn duk memikul buku2 tu semua. Kena pulak naik LRT time org balik kerja, perit beb! Petang tu di PB Kak Meen terserempak dgn Rinn & Geng Kicap, Nik Fauziah, Wan Amalyn & Rehal Nuharis. Huhu, geng penulis Alaf dah balik sewaktu Kak Meen ke booth Alaf 21. Cepatlah pulok mereka tu balik! Insya-ALLAH ada rezeki kita tetap akan bersua jua nanti.

Ahad lepas, di hari penutup sekali lagi Kak Meen ke sana utk memeriahkan Pesta Buku. Kali ini Kak Meen ke sana khas utk bersua dgn rakan2 penulis lain. Tapi sempat juga sambar beberapa buah buku lagi, hehehe... Kali ini Kak Meen sempat berkenalan dgn penulis baru Alaf 21, Sania Yasmin (yg ramah tamah) & Azah Khalida (tak sempat nak sembang pnjg sbb dia bertugas kat kaunter sblah) serta beberapa org lagi yg mmg dah sedia kenal antaranya Lynn Dayana, Fatin Nabila, Anis Ayuni (hehehe.. slalu gak jumpa dia ni kat Pasar Tani Bdr Kinrara), Leeya Myra & Aleeya Aneesa. Juga Siti Rosmizah & Indah Hairani (suka sgt nama ni) serta Bikash & Hafirda Afiela. Err... sapa lagi ek? Entahlah dah tak berapa nak ingat. Eh, jumpa gak Mersik (maap pokcik, gmbr tak ada sbb memory card digicam tu buat hal. Cis, bikin penat aje posingkan? Gmbr2 kat bwh tu 'rompak' dari blog Hani Fazuha) & beberapa org pembaca yg bertanyakan buku terbaru Kak Meen. Alahai, ada juga yg masih ingatkan daku... hehehe... t/kasih ya...

Kpd yg bertanyakan ttg karya terbaru Kak Meen... insya-ALLAH, manuskrip sudah di tgn editor. Jgn lupa terus menyokong ya...


Kak Meen bersama Hani Fazuha, Sania Yasmin & Anis Ayuni



Kak Meen bersama Hani Fazuha & Sania Yasmin

5 comments:

intan shaheera@ieyra said...

aduyai ruginya xdapat nak join pasta buku tahun ni....next time akan ku gegarkan pesta buku alaf21....

Abang Long said...

Kita pun tidak sempat untuk bertemu kali ini.

Meen Zulaikha said...

ieyra.. pasta? uihh.. sodap mkn pasta ni, akak suka hehehe.. Naper tak join pesta buku ari tu?

Meen Zulaikha said...

Salam Abang Long. Pkbr? A'ahlah tak ada rezeki, walhal 2 kali saya ke sana.

intan shaheera@ieyra said...

jauh lah kak...lagi pun semua family ieyra xminat novel,ieyra aje yang minat gile baca novel.......kalu ada pesta pun susah nak join.....