Friday, July 17, 2009

LAKONAN KE ATAU BETUL-BETUL TERJADI?

Alkisahnya, semalam Kak Meen ke pasar TTDI lagi. Sajalah nak pergi tempah kuih. Hah, konon2nya nak tempah kuih tapi mata sempat juga jeling2 kuih-muih kat dlm almari kaca tu. Yelah, byk lagi yg belum sempat 'try' ari tu. Sedang sibuk2 memilih tu, tiba2 Kak Meen dikejutkan oleh jeritan suara wanita diikuti bunyi derap langkah kaki berlarian. Kecoh benar bunyinya, lalu Kak Meen pun dgn kepohnya turut terjengah2 panjangkan leher.

Seketika kemudian muncul kelibat 2 orang lelaki memegang erat lengan seorg wanita, ala2 polis mengiringi pesalah sambil dituruti oleh mangsa ragut. Jelas nampak pucat muka si peragut tu, mcm nak menangis pun ada sambil mulutnya merayu2 meminta agar dilepaskan. Dlm hati, Kak Meen ckp padan muka sapa suruh ragut beg org. Terlebih daringlah pulak buat kerja tak senonoh tu kat pasar yg kebetulannya di tingkat atas tu taklah sesibuk mana pun. Kak Meen cuma pandang sekali lalu saja wanita yg menjadi mangsa ragut tu. Yelah, kuih-muih kat depan mata tu kan ke lbh menarik, hihihi...

Tapi bila adik yg jual kuih tu ckp yg si mangsa ragut tu seorg pelakon drama, Kak Meen pun toleh lagi. Ya betul... mmg si pelakon drama rupanya, bahkan berlakon filem juga! Hmm.. pelakon ni pernah hangat digosipkan suatu ketika dulu, dan antara drama lakonannya ialah Kasut Tumit Tinggi. Filem pula yg Kak Meen ingat ialah Congkak dan Waris Jari Hantu.

Yek eleh, dia org berlakon ke? Tapi tak adalah pulak nampak kamera ke, mahu pun krew2 org pilem tu. Jadi Kak Meen tak tahulah sama ada kes ragut itu benar2 berlaku atau pun hanya lakonan semata2. Lu fikirlah sendiri...

6 comments:

pu3syakira said...

Candid camera agaknya Kak Meen :D Mana lah tau nak test2 rakyat m'sia ni prihatin ke x? Kan kan kan... hihi

Indah Hairani said...

rasanya bukan lakonan tu...erm..macamana kalau tak ada org nak tolong? selalunya org bantai dulu cukup2 baru kasi kat polis...kasi pengajaran sket...

intan shaheera@ieyra said...

kita pikir lah sama2...hahahahaha

Meen Zulaikha said...

pu3syakira.. gitu ke? hah, sama2 kita tunggu kut ler ada kuar kat TV nanti, hehehe..

Meen Zulaikha said...

Ndah.. tulah, rasanya mmg btul2 terjadi agaknya. Daring sungguh pompuan tu, tak pun desperate sgt kut meragut kat tempat yg senang kena cekup sbb org tak ramai mana pun.

Meen Zulaikha said...

ieyra.. hehehe...