Wednesday, September 9, 2009

HARAP MAAF....

Ni, Kak Meen tempekkan emel dari salah seorg pembaca novel terbaru Kak Meen, Gerimis Rindu.

assalammualaikum...
Tengah baca buku ni.. best giler.. but..muka surat 188 dan 189 ada something missing ker...?
Muka surat 262 tu.. ha..3X kelakar betul.. Watak2 dalam buku ni semua ada dalam previousnya novel... hilang rindu ngan Seth but Elena mana?
Tim dan Li tak nak jadikan watak utama ke dalam Novel mereka tersendiri?
So... Semoga terus dapat menghasilkan Novel akan datang yang lebih BAGUS ya!
Nora Mohd Junos

Kpd Nora Mohd Junos & para pembaca lain termasuklah Kinah yg paling awal bertanya di chat box tempoh hari, maaf jua Kak Meen pinta di atas kesilapan cetakan/typing error (tak pasti yg mana satu, cuma yg pastinya di dlm manuskrip Kak Meen ayat tersebut tidak tercicir). Untuk pengetahuan semua, berlaku sedikit kesilapan di muka surat 189 di mana sebaris ayat telah tercicir.

Seharusnya ayat tersebut berbunyi begini: Senyuman di bibir Li kian melebar kala menghampiri Fatimi.

Diharapkan kesilapan ini tidak mengurangkan minat anda untuk membaca Gerimis Rindu & mudah-mudahan pihak Alaf 21 akan segera memperbetulkannya di cetakan akan datang (insya-ALLAH, mudah-mudahan akan ada cetakan seterusnya, hehehe.. think positive!).

Sekali lagi Kak Meen pohon maaf & minta halalkan ya, jgnlah sampai ada yg merampus-rampus marah lak sampai boikot karya Kak Meen seterusnya di lain kali. Bak kata omputeh: To err is human

8 comments:

nurul ain said...

kak meen...tak sabar ni..dah cal mph alamanda td..buku tu baru sampai jer..masih panas...

intan shaheera@ieyra said...

esk baru nak g beli,,,,ari tu dah g pesan kat tuan kedai tu,paksa dia suh cari buku ni.....

Meen Zulaikha said...

nurul ain.. alahai, kat Alamanda pun lambat gak ya bku smpai. Hmm.. dah mula m'bca GR ke?

Meen Zulaikha said...

ieyra.. hah, beli jgn tak beli, hehehe.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak meen..
alhamdulillah, dah khatam pun buku terbaru kakmeen tu..sekali hadap je (walaupun bf dah jeling2 je..hikhik) Mujur cuti raya panjang... so ada excuse lah...
Tak menghampakan walaupun agak lama menanti... keep on writing!

Meen Zulaikha said...

Salam nik.. T/kasih ya sudi baca GR. T'haru gitu, sbb org yg bz mcm nik ni pun sanggup luangkan masa wlaupn bf dah jeling2, hihihi.. Keep on supporting & reading my novels ya..

EYA ZAMANI ZAITEE said...

tahniah kak, suka baca GR...sperti novel2 lain GR tetap tbest :) ...

Meen Zulaikha said...

Salam eya.. alahai, kak meen pun suka bca komen eya. T/kasih byk ya..