Tuesday, September 1, 2009

NOVEL TERBARU - GERIMIS RINDU


Sinopsis:

AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.

Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.

Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!

Alhamdulilah...
Gerimis Rindu merupakan 'hadiah' istimewa buat Kak Meen di bulan Ramadhan ini. Jutaan terima kasih buat Alaf 21 & warga kerjanya dlm menghasilkan novel ini, terutama sekali buat editornya Sa'adi (haha.. katanya manuskrip Kak Meen buat dia pening kepala. Sa'adi, jgn tak tau itulah 'kelebihan' saya, huhu..)

Kepada para penggemar novel, sudi-sudikanlah menatap karya terbaru Kak Meen ini dan terima kasih di atas sokongan anda.

24 comments:

Sarnia Yahya aka Sania Yasmin said...

Salam kak Meen, tahniah dengan Gerimis Rindu... mmg rindu sesgt nak menatap novel kak Meen

[Fadilah Diyana] said...

slam kak meen,tahniah...insyaAllah akan dibeli...tp kena tunggu test2 habis lah...nafsu novel mengatasi segala2nye...bahaya tu...ehehe...akak,xmo wat jualan mcm kak dhiya ke???

nana abd rahman said...

salam kak meen,
tahniah buku baru~
nak tanya,akak xbuat jualan buku secara online ker?
order online~
:)

adhan said...

salam...
TAHNIAH kak meen...tak sabar ni nak beli n baca..baca blurb je dah buat saya teruja..

Tabib Haji Norjae said...

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

intan shaheera@ieyra said...

alahai kak meen dah lahirkan novel baru lagi........buku yang ari tu pun xde lagi.....susah r nak cari kat kawasan ni....

Meen Zulaikha said...

Salam sarnia.. t/kasih byk, sudi2knlah m'natap karya akak yg tak seberapa tu

Meen Zulaikha said...

Salam Fadilah & Nana.. blh aje nak oder online, emellah akak. Ni tgh cari tukang nk buat kedai buku on line. Utk Fadilah, dulukan test2 tu & best of luck..

Meen Zulaikha said...

Salam adhan... wah, knape tiba2 kurasa gementar ek? Apa pun hrp GR tidak mengecewakn & t/kasih byk di atas sokongan b'terusan

Meen Zulaikha said...

Salam perkenalan buat Tabib & mudah2an kita m'dpt barakah-Nya..

Meen Zulaikha said...

Salam ieyra... alahai, ciannya. Ieyra ni biar btul, ni mesti tak cari sunggh2 ni kut. T'ganu kat belah mana ni?

Norabella said...

Salam Kak Meen...Tahniah di atas novel baru. Nanti saya singgah JB nak cari...Syabas!

intan shaheera@ieyra said...

trengganu kat kawasan dungun.....
dah cari btl2 dah.....tiap2 minggu g kedai buku untuk cari novel...tapi asyk xde je.....maybe tauke kedai tu pun dah bosan tgk muka ieyra.huhu

Meen Zulaikha said...

Salam Norabella.. tq. Hrp2 dah adalah kat JB nun. Hmm.. rindu kat JB, nak raya nnti baru balik sna.

Meen Zulaikha said...

ieyra.. takkan ler cpt nar abisnyer, hehehe.. gurau jer ni. Ke tokei kedai tu yg tak odr? Meh ler beli on line..

Maryam Kamal said...

Kak Meen online ke?
Apa emel adreee kak meen ya?

LUpa...

intan shaheera@ieyra said...

xpandai r nak wat cam ne kak meen.....

liz H said...

salam..24sept..tgh boring g kdai buku nampak buku ni terus bli..x tau pun ni yg terbaru..main bli jebg hilang boring. smpai umah bru perasan pengarang cite seth hehe..sori.
citer ni memang best tak rugi beli.kalau kelakar bole sengih sorg2..tp bab sedih belum menyentuh jiwa( keras hati kot ). anyway cite ni memang best. Tahniah.

Meen Zulaikha said...

Salam liz H. T/kasih byk kerana sudi bca GR & di atas pujian. Hmm... suka citer yg blh buat nanes ya? Bca KYS nanes x?

liz H said...

saya suka kedua-duanya..meruntun jiwa pun suka..yg buat sy tersenyum simpul sorg pun sy suka..

liz H said...

saya suka kedua-duanya..meruntun jiwa pun suka..yg buat sy tersenyum simpul sorg pun sy suka..

Meen Zulaikha said...

Layan ajelah liz, janji bhgia.. :-)

azie said...

salam kak meen, sy belum beli lg. ari tu dah jumpa tp tak bawa duit pulak. Insyaallah mesti beli buku ni. Baca sinopsis mmg menarik.

sarinarina said...

sedap novel gerimis rindu nie...tahniah kak meen