Sebenarnya resepi lasagna ni Kak Meen amik dari blog rakan penulis merangkap celebrity chef Norzailina. Tq norz, sharing is caring.. :) Manakala gambar tu pula dari blog Anis Ayuni. Alahai.. yg Kak Meen buat ari tu nmpk comot sgt, tu yg tak nak tempek lagi.

8-10 keping lasagne
50 gm keju Parmesan*, diparut (boleh juga digantikan dgn keju cheddar atau mozarella)
Bahan Sos Daging
3 camb minyak
1 labu bawang besar, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
400 g daging, dikisar
410 g tomato, dikisar
450 ml air
1 kiub stok daging
2 camb tomato puri
1 camt oregano kering
gula, garam, serbuk lada hitam secukupnya
Bahan Sos Putih
60 gm mentega
60 gm tepung gandum
600 ml susu segar/UHT
garam, serbuk lada sulah secukupnya
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, tomato kisar, air, pati rebusan daging dan puri tomato.
3. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
4. Bubuh serbuk lada hitam, gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam tomato puri) dan garam kemudian angkat.
5. Untuk sos, cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya berbuih halus.
6. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat.
7. Sebaik-baiknya, kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul.
8. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.
9. Ratakan sedikit sos daging, satu lapisan lasagne.
10. Kemudian sos daging, sos putih dan satu lapisan lasagne. Ulang hingga lapisan atas iaitu
sos daging, sos putih dan keju.
11. Bakar pada 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.
Lasagne tak perlu dimasak terlebih dulu, gunakan terus daripada kotak (no need to pre-cook). Penggunaan lasagne juga bergantung kepada saiz mangkuk untuk membakarnya.