Sunday, November 22, 2009

SELAMAT BERCUTI...


Wah, bukan main seronok lagi bebudak sekolah sbb cuti panjang akhir tahun telah pun bermula. Rasanya bukan bebudak aje yg seronok, mak & pak budak terlebihlah lagi agaknya. Ramai yg dah gatal kaki tak sabar nak pergi melancong makan angin. Ke mana saja destinasi anda, tak kiralah sama ada cuti2 Msia mahupun ke luar negara, selamat bercuti diucapkan.

Kpd yg tidak merancang utk ke mana2, mungkin kerana terlalu sibuk dan sebagainya, jgn bersedih. Ciptalah sebuah percutian yg menyeronokkan dgn anak2, biarpun sekadar bercamping di laman rumah. Dan kpd mereka yg bakal ke jenjang pelamin, selamat pengantin baru, moga kekal bahagia selamanya.

No comments: