Sunday, June 29, 2008

PESTA BUKU ALAF 21

Salam buat semua...

Pesta Buku Alaf 21 selama 3 hari berakhir hari ini. Seperti semalam, Kak Meen berada di premis Alaf 21 sehingga jam 3.30 ptg. Selama 2 hari berturut2 berada di situ Kak Meen dapati sambutan org ramai amat menggalakkan. Masing2 tidak mahu melepaskan peluang kerana Alaf menawarkan diskaun sehingga 30%. Walaupun harga kos sara hidup kian meningkat naik akibat harga minyak yg naik mendadak namun hobi membaca buku tetap diteruskan.

Antara para penulis yg sempat Kak Meen temui kali ini ialah Dr. HM Tuah, Aisya Sofea, Dhiya Zafira & Hani Fazuha yg turut sama2bertugas. Sempat jua bersua sejenak dgn Lynn Dayana & Laila Kamilia yg turut bertandang. Tidak ketinggalan orang kuat Alaf21 FC iaitu Abang Long & Mersik yg mesra selalu. Begitu juga dgn beberapa org pembaca novel yg kerap Kak Meen temui di pesta2 buku antaranya Fad, Wan Amalyn, Shai & beberapa org lagi yg Kak Meen tak berapa cam nama mereka. Paling terharu apabila ada yg sanggup dtg dgn bertongkat (mungkin akak tu sdg menghadapi masalah kesihatan) melangkah perlahan2 mendaki ke premis Alaf demi minat yg mendalam terhadap novel2 & KYS adalah antara koleksinya kini.

Terima kasih pada semua yg telah menyokong karya2 Kak Meen selama ini & terima kasih juga pada warga Alaf 21 yg telah bertungkus lumus.


Kak Meen, Hani Fazuha & Aisya Sofea













Dhiya Zafira, Kak Meen & Dr. HM Tuah













Dhiya Zafira, Shai & Kak Meen

Saturday, June 28, 2008

SELAMAT HARI LAHIR MAK..

Hari ini emak Kak Meen genap 82 tahun usianya. Selamat menyambut hari lahir buat mak tersayang. Semoga emak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat sejahtera & berbahagia selalu hendaknya. Amin.

Friday, June 27, 2008

PESTA BUKU ALAF 21

Bersempena dengan Pesta Buku Alaf 21 yang bermula hari ini, 27hb Jun 2008 hingga 29 hb Jun 2008, beberapa orang penulis juga akan datang untuk memeriahkan lagi suasana.

Antaranya, Meen Zulaikha, Dhiya Zafira, Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Ramlee Awang Mursyid dan Dr. HM Tuah.

Insya-ALLAH Kak Meen akan berada di sana pada hari Sabtu (27/6/08) & Ahad (28/6/08) dari jam 11.00 pagi - 3.00 ptg.

Jom beramai-ramai ke premis Alaf 21 di Seksyen 16, Shah Alam utk memeriahkannya.

ASTRO AWANI - PART 2


Teruja bercampur gementar Kak Meen melangkahkan kaki ke studio Astro Awani di Wisma Bursa Saham almaklumlah inilah pertama kali Kak Meen menghadiri sesi bual bicara untuk program TV, secara live pulak tu! Hah, gelabah dan gubra semacam dibuatnya meski pun telah diberitahu yang sesi tu akan berlangsung lebih kurang dlm 15 minit saja.

Tamat aje rakaman lelaki yg bercerita ttg festival muzik tu, giliran Kak Meen pula menyusul. Mmg tak sempat nak bincang apa pun dgn Dang Suria, tau2 kami dah on air. Dalam bual bicara singkat tu sempatlah menyentuh ttg kedua2 novel Kak Meen iaitu Kasih Yang Suci & Warna Hati.


Fiza, Kak Meen & Dang Suria


Kak Meen, Fira & Dang Suria

Terima kasih WW Astro Awani & Alaf 21 diatas undangan dan terima kasih jua pada yg sudi menonton.

Tuesday, June 24, 2008

Nantikan esok.....

Temui Kak Meen (bersama Dang Suria) di
WW, ASTRO AWANI

Tarikh: 25 Jun 2008 (Rabu)

Masa : 11.30 pagi - 12.00 tengah hari

berbicara perihal novel terbaru, WARNA HATI

Monday, June 23, 2008

BUNGA KESIDANG




Sebagai memenuhi permintaan Afrah ( di chat box) & mungkin juga para pembaca lain yg turut tertanya2 bagaimana rupanya bunga kesidang sbb dalam kedua2 novel Kak Meen ada menyebut ttg bunga ini, disini Kak Meen tempekkan gambarnya.

Nama saintifiknya vallaris glabra atau juga dikenali sebagai bread flower. Bunga kesidang/kasidah atau ada juga yg memanggilnya bunga kerak nasi atau bunga tikam seladang (di Kelantan), sikudangan (Johor) ini berbau harum mcm daun pandan dan amat sesuai dibuat bunga rampai. Tapi awas, berhati2 semasa memetiknya kerana ia mengeluarkan getah berwarna putih. Tumbuhan ini jenis menjalar dan amat sukakan matahari. Paling seronok kala ia berbunga lebat, hmm.. mmg harum halaman rumah dibuatnya samalah mcm yg Kak Meen gambarkan di pergola rumah Seth dlm Kasih Yang Suci & di Sukma Cafe dalam Warna Hati.

Sunday, June 22, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA 3...

Salam buat semua...

Kali ini Kak Meen nak kongsi cerita ttg lawatan ke Pulau Manukan pula. Sebenarnya Pulau Manukan tidak termasuk dlm itineri kami tapi sewaktu jenjalan di Plaza Wawasan yg terletak berhampiran hotel penginapan, Kak Meen kebetulan sempat bersembang dgn seorg pemandu pelancong, lantas terus tergoda...

Balik ke hotel terus singgah ke kaunter Masenang Tours & Travel buat tempahan utk esok pagi(nekad aje buat keputusan gi pulau tu belah pagi sdgkan flight belah ptg). Wah, rupanya ada 5 buah pulau di Tunku Abdul Rahman Park tu iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik & Sulug. Masa yg suntuk membuatkan kami memilih hanya utk ke Pulau Manukan, tak kisahlah wlaupun cuma dpt luangkan masa 2 jam di sana.

Dari jeti Beach Bums di Tanjung Aru kami naik bot ke Pulau Manukan, lebih kurang 15 minit aje dah sampai. Pulau Manukan mmg cantik & menarik lebih kurang mcm Redang juga cuma bezanya pasir di Redang lebih halus & putih. Pelbagai jenis ikan ada di sini termasuklah ikan todak! Tu yg buat Fira kecut nak pergi snorkeling sbb masa di jeti kami nampak kumpulan ikan todak turut hilir mudik berenang ke sana ke mari. Dahlah dlm bot tadi terdengar satu hamba ALLAH tu ckp skrg ni tgh musim obor2 (jelly fish) bahkan ikan yu pun ada! Huhu... ngeri tu..

Apa pun bila dah tgk air tu si Fira mmg tak nak lepaskan peluang gi snorkeling, janji jgn keluar dari kawasan yg ditandakan selamat. Kak Meen cuma redah air takat lutut bersama kepingan roti utk umpan ikan mkn. Wah, begitu byk & besar2 ikan di sini.

Pelbagai aktiviti air ada di sini sprt jet ski, para sailing, sea walking, banana boat, flying fish, dll tapi kami tak sempat pun nak cuba sbb kesuntukan masa & org pula ramai, maklumlah time cuti sekolah. Insya-ALLAH lain kali kami akan ke sana lagi. Sutera Sanctuary Lodges pun nmpk menarik walaupun agak mahal dgn kadar sewa bilik paling rendah RM550/2 org. Ada tambahan surcharge lak tu RM100/per person, huhu.. mahal tu...

Nampaknya ini n3 terakhir Kak Meen ttg lawatan ke Sabah utk cuti2 Msia kali ini. Hanya sebuah saja lagi negeri di Msia ni yg belum Kak Meen kunjungi iaitu Kelantan which is on top of my list & bakal dikunjungi. Apa agaknya tempat2 menarik di sana ya?

jeti Beach Bums di Tanjung Aru..










entrance ke Tunku Abdul Rahman Park, Manukan..












lepak2 di pantai Manukan..












Pulau Sulug di kejauhan..







ikan2 kebulur di jeti..










aktiviti yg ingin dilakukan..










Pulau Mamutik..












Friday, June 20, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA 2..

Pagi itu Kundasang diselaputi kabus yg agak tebal kerana malam tadi hujan turun dgn lebatnya. Rasa sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam apabila angin dingin sesekali menerpa ke tubuh. Suasana di sini membuatkan Kak Meen teringatkan Cameron Highlands (CH). Bezanya di CH ada ladang teh, kebun sayur & kebun bunganya diusahakan secara meluas utk tujuan komersial sedangkan di sini mungkin tidaklah sehebat di sana.

Perbukitan Kundasang yg masih dingin & berkabus itu kami tinggalkan. Setelah check in di hotel Promenade kami ke Pasar Filipina. Wah, org yg bersesak2 dgn brg2 yg turut bersesak2 bergantungan di ruang petak kedai yg sempit membuatkan kepala Kak Meen naik pening. Manakan tidak, setelah enak menghirup udara nyaman perbukitan tiba2 terpaksa berhimpit2 di tempat yg penuh sesak dgn segala mcm org & segala maneka barang (aduii.. bau peluh berbaur dgn bau masin air laut + bau ikan kering, etc) di tengah cuaca yg panas terik pula tu membuatkan Kak Meen rasa mcm nak pitam. Makin haru dibuatnya apabila gusi yg masih bengkak berdenyut2 sakit akibat gigi geraham yg baru kelmarin dicabut. Maka cepat saja Kak Meen capai itu ini lebih kurang & blah dari situ. Hehe.. ada juga hikmahnya, supaya tak berbelanja sakan..

Bimbang dgn tahap kolesterol, Kak Meen lupakan bab nak makan makanan laut (huwarghh.. kempunan nak mkn lobster yg katanya lebih murah di KK..) sewaktu di sana lalu menjengah ke coffee house di Sutera Harbour. Teringin juga menjejakkan kaki ke hotel mewah yg gah namanya itu. Dari coffee house boleh nampak jelas bot2 yg berlabuh di marina. Suasananya mmg menarik tapi Kak Meen lebih sukakan makanan yg dihidangkan di Restoran Anjappar di Asia City. Masakan India Utara yg dihidangkan disini sungguh menyelerakan. Nasi briyaninya pedas & enak (hmm.. nasib baik gusi masih sakit, kalau tidak harus makin laju jarum penimbang bergerak, huhu..). Ramai juga pelancong barat yg menjamu selera di sini dan tokei restoran ni pun ramah serta pandai mengambil hati pelanggan. Katanya Restoran Anjappar juga ada di Bangsar & JB, ni yg buat kaki gatal nak gi cari...

Kundasang diselaputi kabus tebal..



Di
Pasar Filipina (ha.. sudut ni tak sesak)..
mutiara & gelang kristal 'kegilaan' kaum wanita..








ruang lobby di Sutera Habour..





marina di Sutera Habour..

















hidangan enak di Restoran Anjappar..

Thursday, June 12, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA 1..


Salam buat semua...

Cuti sekolah baru2 ni membawa Kak Meen sekeluarga ke negeri di bawah bayu, iaitu Sabah.

Jam 9.30 pagi kami sudah pun berada di Terminal 2, K. Kinabalu. Mmg sengaja mengambil penerbangan awal demi menjimatkan masa (kami cuma peruntukkan semalaman saja di Kundasang) tapi.. huhu.. geramnya sbb kereta sewa yg dijanjikan tiba lewat setengah jam. Ikutkan hati Kak Meen, baik batalkan saja dan sewa kereta lain di airport tapi alahai.. 'dia' tak setujulah pulak sbb dah janji. Tambah hangat hati Kak Meen bila kereta tu mula tersemput-semput sewaktu mendaki jalan menuju ke Kundasang.

Kinabalu Park cuma kami lewati sbb tak yakin dgn prestasi Wira yg langsung tak "wira" tu bahkan beberapa kali pula tersengguk-sengguk tapi mujur sampai tak mati enjin. Pemanduan terpaksa dilakukan pada kadar yg amat perlahan membuatkan kami tiba ke tempat penginapan lewat dari waktu yg dijangkakan. Huh, mmg rosak program dibuatnya.. Dari pemerhatian Kak Meen sewaktu di Pine Resort (sambil mkn2 di coffee hse tu, mata meliar duk memerhati kereta lalu lalang sbb coffee hse tu kat sebelah reception area) mmg kereta Wira ada masalah bila mendaki jln yg agak tinggi .

Rancangan ke Poring tetap kami teruskan walaupun cuaca nampak mendung dan awan gelap bertompok2 di sana sini. Huwarghh.. menciknya... mmg tepat ramalan kakitangan kat Pine Resort tu sbb hujan turun sebaik saja kami tiba di Poring. Yelah, dah ketika tu mmg belah petang musim hujan turun, nak buat mcm mana.. mmg nasib badanlah... Dlm renyai hujan kami redah jua utk ke kolam air panas, dah terlanjur di situ takkan nak tercongok tak buat apa2, kan?
Hajat ke Canopy Walk (jambatan gantung) tinggal tergantung... begitu juga dgn tempat2 lain sprt taman rama2, taman botani, rafflesia research centre, dll yg terdapat di situ. Apa nak buat kali ini nasib tidak menyebelahi kami. Insya-ALLAH, ada rezeki kami akan berkunjung ke sini lagi.





Gunung Kinabalu di celah kepulan awan..







Pokok2 pine melatari Pine Resort..




Kak Meen & Fira di kolam air panas..

















Seindah lukisan..



Ini ajelah 'jambatan gantung' yg kami jejak..


Kotobian Tadau Kaamatan.. apa maknanya ya?
Pesta menuai padi kut? Entahlah..

Tuesday, June 10, 2008

INDULGE..

Hmm..... indulge in indulgence! Huhu... ku makan macam tak hengat donia kek coklat dari Secret Recipe ni. Lazat teramat sampai kiraan kalori pun kuhumban jauh2, malas nak fikir dah!

Happy Birthday To Us? Hehehe... sebenarnya tarikh lahir Kak Meen selang sehari sahaja dgn 'orang tu'. Semalam (9 haribulan Jun) ulang tahun kelahirannya dan hari ini giliran Kak Meen pulak. Mudahkan, celebrate sekali harung aje. Pastu bulan Julai celebrate birthday anak sulung dan Ogos pula untuk si bongsu, mcm dah di atur2 pulak bulan Jun, Julai & Ogos tapi hakikatnya hanyalah secara kebetulan. Sebetulnya tak adalah celebrate beria2 pun, cuma 'kita2' aje... makan2 utk kami anak beranak.

Terima kasih Kak Meen ucapkan kepada mereka yg telah sudi menghantar ucapan melalui kiriman sms dan juga di tag board.

Saturday, June 7, 2008

MOGA BAHAGIA...

Tahniah buat anak saudara Kak Meen, Farhah Bt Mohd Yunus & pasangannya yg telah pun melangsungkan perkahwinan mrk pada 31/5/08. Kak Meen sekeluarga turut berada di Kuantan pada hari Sabtu lepas utk meraikannya. Doa kami moga mereka kekal bahagia selamanya, amin.
Senyuman bahagia pasangan mempelai...









Bersama ibu, kakak2 & anak buah...












Dalam keriuhan majlis, ada juga peminat novel yg nak bergambar dgn Kak Meen & Kak Anis (bertudung hijau muda). T/kasih ya di atas sokongan anda...












Gelagat gadis cilik ini menarik perhatian Kak Meen ketika terserempak dgnnya di hadapan Hotel Vistana. Nur Alesya (ejaan nama tak pasti) yg popular dgn iklan "otak burung unta..." baru saja selesai menjalani sesi penggambaran menurut kata ibunya yg ramah tamah itu...