Thursday, June 12, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA 1..


Salam buat semua...

Cuti sekolah baru2 ni membawa Kak Meen sekeluarga ke negeri di bawah bayu, iaitu Sabah.

Jam 9.30 pagi kami sudah pun berada di Terminal 2, K. Kinabalu. Mmg sengaja mengambil penerbangan awal demi menjimatkan masa (kami cuma peruntukkan semalaman saja di Kundasang) tapi.. huhu.. geramnya sbb kereta sewa yg dijanjikan tiba lewat setengah jam. Ikutkan hati Kak Meen, baik batalkan saja dan sewa kereta lain di airport tapi alahai.. 'dia' tak setujulah pulak sbb dah janji. Tambah hangat hati Kak Meen bila kereta tu mula tersemput-semput sewaktu mendaki jalan menuju ke Kundasang.

Kinabalu Park cuma kami lewati sbb tak yakin dgn prestasi Wira yg langsung tak "wira" tu bahkan beberapa kali pula tersengguk-sengguk tapi mujur sampai tak mati enjin. Pemanduan terpaksa dilakukan pada kadar yg amat perlahan membuatkan kami tiba ke tempat penginapan lewat dari waktu yg dijangkakan. Huh, mmg rosak program dibuatnya.. Dari pemerhatian Kak Meen sewaktu di Pine Resort (sambil mkn2 di coffee hse tu, mata meliar duk memerhati kereta lalu lalang sbb coffee hse tu kat sebelah reception area) mmg kereta Wira ada masalah bila mendaki jln yg agak tinggi .

Rancangan ke Poring tetap kami teruskan walaupun cuaca nampak mendung dan awan gelap bertompok2 di sana sini. Huwarghh.. menciknya... mmg tepat ramalan kakitangan kat Pine Resort tu sbb hujan turun sebaik saja kami tiba di Poring. Yelah, dah ketika tu mmg belah petang musim hujan turun, nak buat mcm mana.. mmg nasib badanlah... Dlm renyai hujan kami redah jua utk ke kolam air panas, dah terlanjur di situ takkan nak tercongok tak buat apa2, kan?
Hajat ke Canopy Walk (jambatan gantung) tinggal tergantung... begitu juga dgn tempat2 lain sprt taman rama2, taman botani, rafflesia research centre, dll yg terdapat di situ. Apa nak buat kali ini nasib tidak menyebelahi kami. Insya-ALLAH, ada rezeki kami akan berkunjung ke sini lagi.





Gunung Kinabalu di celah kepulan awan..







Pokok2 pine melatari Pine Resort..




Kak Meen & Fira di kolam air panas..

















Seindah lukisan..



Ini ajelah 'jambatan gantung' yg kami jejak..


Kotobian Tadau Kaamatan.. apa maknanya ya?
Pesta menuai padi kut? Entahlah..

No comments: