Friday, June 20, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA 2..

Pagi itu Kundasang diselaputi kabus yg agak tebal kerana malam tadi hujan turun dgn lebatnya. Rasa sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam apabila angin dingin sesekali menerpa ke tubuh. Suasana di sini membuatkan Kak Meen teringatkan Cameron Highlands (CH). Bezanya di CH ada ladang teh, kebun sayur & kebun bunganya diusahakan secara meluas utk tujuan komersial sedangkan di sini mungkin tidaklah sehebat di sana.

Perbukitan Kundasang yg masih dingin & berkabus itu kami tinggalkan. Setelah check in di hotel Promenade kami ke Pasar Filipina. Wah, org yg bersesak2 dgn brg2 yg turut bersesak2 bergantungan di ruang petak kedai yg sempit membuatkan kepala Kak Meen naik pening. Manakan tidak, setelah enak menghirup udara nyaman perbukitan tiba2 terpaksa berhimpit2 di tempat yg penuh sesak dgn segala mcm org & segala maneka barang (aduii.. bau peluh berbaur dgn bau masin air laut + bau ikan kering, etc) di tengah cuaca yg panas terik pula tu membuatkan Kak Meen rasa mcm nak pitam. Makin haru dibuatnya apabila gusi yg masih bengkak berdenyut2 sakit akibat gigi geraham yg baru kelmarin dicabut. Maka cepat saja Kak Meen capai itu ini lebih kurang & blah dari situ. Hehe.. ada juga hikmahnya, supaya tak berbelanja sakan..

Bimbang dgn tahap kolesterol, Kak Meen lupakan bab nak makan makanan laut (huwarghh.. kempunan nak mkn lobster yg katanya lebih murah di KK..) sewaktu di sana lalu menjengah ke coffee house di Sutera Harbour. Teringin juga menjejakkan kaki ke hotel mewah yg gah namanya itu. Dari coffee house boleh nampak jelas bot2 yg berlabuh di marina. Suasananya mmg menarik tapi Kak Meen lebih sukakan makanan yg dihidangkan di Restoran Anjappar di Asia City. Masakan India Utara yg dihidangkan disini sungguh menyelerakan. Nasi briyaninya pedas & enak (hmm.. nasib baik gusi masih sakit, kalau tidak harus makin laju jarum penimbang bergerak, huhu..). Ramai juga pelancong barat yg menjamu selera di sini dan tokei restoran ni pun ramah serta pandai mengambil hati pelanggan. Katanya Restoran Anjappar juga ada di Bangsar & JB, ni yg buat kaki gatal nak gi cari...

Kundasang diselaputi kabus tebal..



Di
Pasar Filipina (ha.. sudut ni tak sesak)..
mutiara & gelang kristal 'kegilaan' kaum wanita..








ruang lobby di Sutera Habour..





marina di Sutera Habour..

















hidangan enak di Restoran Anjappar..

No comments: